Kapsyen didefinisikan sebagai keterangan gambar atau tajuk kecil. Kapsyen dapat mempengaruhi makna sesuatu gambar. Dengan Kapsyen, kekeliruan sesuatu gambar dapat dikurangkan dan makna gambar tersebut dapat diperkukuh. Sekiranya gambar itu adalah menarik, maka mereka akan terus membaca kapsyen yang terpapar di bawah gambar tersebut untuk mendapatkan maklumat selanjutnya.
Ciri-ciri Kapsyen:
- merupakan perkataan yang akan mempengaruhi erti kata sesuatu imej
- boleh mengubah maksud sesuatu foto
- teks yang mengiringi foto
- membantu pembaca memahami keterangan lanjut/ info yang terdapat pada foto
- memberikan makna yang lebih
- membantu mengurangkan kekeliruan
- menjadikan foto lebih bermakna
- mempengaruhi minat pembaca
Sekiranya tiada kapsyen pada gambar, pembaca mungkin akan tertanya-tanya tentang siapa dalam gambar itu, apakah yang berlaku, bilakah berlaku, kenapa berlaku dan berupa-rupa soalan yang lain. Gambar yang didapati hanya mungkin menjawab sebahagian daripada soalannya. Oleh itu, kombinasi antara gambar dengan kapsyen adalah lebih baik daripada gambar berdiri sendiri.
Perkara yang perlu dititikberat pada kapsyen:
- maklumat yang perlu ada adalah berdasarkan kepada 5W1H (who, what, when, where, why, how)
- ejaan perlu dieja dengan betul dan tepat
- nama perlu didahulukan sekiranya orang itu mempunyai personaliti yang terkenal
- umur perlu ditulis untuk menjadikan gambar tersebut menarik
- ditulis dengan ringkas dan padat
Perbezaan antara kapsyen dan cutline
- Kapsyen- keterangan yang ditulis di dalam gambar
- Cutline - keterangan yang ditulis di bawah gambar.
Contoh kapsyen yang baik
U.S first lady, Michelle Obama (R) greets Kermit the Frog as they introduce a showing of the new movie Muppets Most Wanted at the White House in Washington on March 12, 2014. |
No comments:
Post a Comment